Tuesday, September 7, 2010

Salam Aidilfitri Wan...

Salam Wan,

Esok lusa kita raya lah Wan,Raya kedua kami sambut tanpa Wan,walau pun sedih dan pedih tapi sedikit demi sedikit kami kumpulkan kekuatan yang ada Wan,kerana kami akur,inilah takdirNYA.

Wan,
Raya kali ni macam hambar bagi along,along macam tak semangat nak raya,Wan taulah kalau raya kan,along mesti ada baju raya 4-5 pasang dari koleksi terbaik,sebab kan dah jadi tradisi kita ,kalau raya tu sebulan,kita ziarah semua rumah sanak saudara dan rakan taulan kita,seronok kan Wan?

lepas tu kalau raya Wan selalu naik keta dengan along,instead of naik keta dengan mak ayah,Dalam keta Wan selalu sebok sms guna hp along...kerapkali jugak Wan sakit kepala,sampai kadang-kadang Wan termuntah...lama betul Wan menanggung sakit kepala Wan tu ya?kesian Wan,Mudah-mudahan sekarang Wan dah tak sakit-sakit lagi,Wan  berehat lah di sana tunggu kami ye Wan?Wan budak baik,mak ayah pula tak jemu-jemu berdoa dan mengaji untuk Wan,kami pun sama Wan,setiap pagi kiriman Yasin untuk Wan pasti ada,kalau Wan masih ada,Yasin itu cuma jadi bacaan along kala malam Jumaat jer Wan,benarlah,kehilangan Wan...benar-benar mengubah kami,menginsafkan kami...

Sampai sini dulu ye Wan....Oh ya...tahun ni kami dah hantar kad ucapan pada insan-insan yang pernah membahagiakan Wan...ternyata mereka terharu dan gembira sekali,mereka dah jadi sebahagian dari keluarga kita sekarang Wan.

Assalamualaikum Wan,InsyaALLAH kami melawat Wan raya nanti ya?

No comments:

Post a Comment