Thursday, July 29, 2010

catatan rindu

Assalamualaikum Wan,

Dah lebih setahun wan tinggalkan kami semua,dan tepat ulangtahun kelahiran wan yang ke 20 pada 17 June yang lalu,along dapat berita gembira,yang along bakal menimang cahayamata lagi.Berita yang seisi keluarga kita nantikan untuk tahun ke 13 nya Wan,rupanya berita itu hadir setahun selepas wan pergi.Benarlah Wan,ALLAH punya rencana lebih baik buat kita.Dia Maha mengetahui.

Wan,
Lewat pemergian wan dulu,along jadi insan paling murung,paling pilu,terasa serba kehilangan dan kesedihan yang mencengkam,perbagai kata-kata semangat hadir,bagi mengubat lara along ni,tapi ada satu kata-kata itu sangat mendamaikan hati along...namun biarlah along simpan semuanya dilubuk hati,dan sekarang ternyata benar kata-kata teman tadi.Syukur pada Yang Esa.

Wan,
Malam tadi tersedu-sedan along nangis ingatkan wan,begitulah wan,kasih along,walau lama....namun tidak sedikit ingatan along pada wan berubah,malah kian padu.Tentu wan tau akan kiriman YASIN buat wan saban pagi kan?jua kiriman ayat Quran kala along punya masa terluang?

Wan,
sejak along mengandung ni,bermacam masaalah kesihatan hadir,ternyata bukan mudah untuk melahirkan seorang umat,musim bunga along hanya semusim,selepas itu,along diuji dengan sedikit pendarahan,dan kini tekanan darah along naik mendadak,tinggi wan,tinggi sangat....hingga mengundang buntu dan risau dikalangan Doktor sendiri,kepala along ni sakit sangat wan,along tak boleh berdiri lama,nanti along pitam,zahirnya along nampak sihat,tapi along yang tahu hakikat lemahnya badan along ni.Pun,along terus berdoa pada yang Esa agar along terus kuat hadapi dugaan ini.Along tau inilah dugaan buat along,dan anak yang along kandung ini,merupakan generasi yang ditunggu keluarga kita,terutama abanglong.

Wan,
Semoga along punya peluang lagi untuk terus berbicara dengan wan,dan tekanan darah along ni dapat turun.Risau along,bila baca pasal kematian ibu hamil ni....Wallahualam...

Assalamualaikum Wan,
A-Fatihah