Tuesday, October 27, 2009

doa untuk yana

Wan,



malam tadi masa along dah tidur,

along dapat sms dari yana

dia minta along doakan dia,

dia nak exam hari ni,



Off Course wan,

Off Course,

along doakan dia,

along tau dia sayang kat wan,

sayang sangat,

cintanya dibawa mati,

cinta tak kesampaian,

along dapat rasa kepedihan tu,

tapi apa kan daya,

semua ini bukan kehendak kita

tapi telah direncana Dia yang Maha Esa,



Along janji,along akan sayang dia

macam along sayang wan jugak,

akan along jaga perasaan dia,

along tak akan biarkan dia sendiri

meniti hari -hari yang sukar ini,



yana,

along doakan agar yana tabah

menghadapi dugaan ini,

along sayang yana,

walau kasih along terbagi-bagi,

namun kasih along ni abadi,

harap yana mengerti...



Ya...Allah...

tak kusangka begini kesudahannya....

gambar sicantik manis yang menjadi kesayangan wan ini along temui dalam hp wan....parah dihatinya siapa yang tahu.....sukarnya memadam kenangan

aku rindu...

Ni gambar terakhir along yang wan ambik,10 minit sebelum kejadian malam tu,dan hospital pertama yang merawat wan,berkali-kali along pengsan kat situ....tapi hari ini,hospital tu akan terus berkubur dalam hidup along,along tak akan pergi lagi hospital tu,along tak sanggup memory tu hadir lagi dalam hidup along.....waaaaaaaaannnnnnnn....

hari ini entah mengapa
aku menangis lagi,
terlalu sukar untuk kuseka
air mata yang tumpah ini.

ingin ku berlari,
jauh....jauh dari insan lain
kerna aku ingin menjerit,
waaaaaaaaaaaannnnnnnnn
along rindu,

6 bulan berlalu,
terasa masih baru,
namun aku tetap diburu rindu,
yang bertandang tiap penjuru,
hingga aku sendiri malu,
akan sikapku,

namun,
hati tidak dapat dibohongi,
lantas ku layan emosi ini,
yang terkadang jauh kubawa pergi,
tapi yang pasti,
tiada insan yang memerhati,
kerana ingin menjaga hati,
jua tidak mahu derita ini
dirasai....

cukuplah kepedihan ini kutanggung sendiri
atau kukongsi dengan teman-temannya
yang memahami...
tapi aku jua tidak mahu,
mereka hanyut dalam memori,
lantas memakan diri,
kerana mereka punya tanggungjawab
yang perlu direalisasi...

tuhanku,
bantu aku,
kuatkan semangatku,
ampuni adikku Ya Allah,
tempatkan dia bersama insan2 yang kau kasihi,
jauhi dia dari segala siksa Ya Allah,
Kaulah yang Maha Pengampun Lagi Maha Penyayang....