Tuesday, October 27, 2009

aku rindu...

Ni gambar terakhir along yang wan ambik,10 minit sebelum kejadian malam tu,dan hospital pertama yang merawat wan,berkali-kali along pengsan kat situ....tapi hari ini,hospital tu akan terus berkubur dalam hidup along,along tak akan pergi lagi hospital tu,along tak sanggup memory tu hadir lagi dalam hidup along.....waaaaaaaaannnnnnnn....

hari ini entah mengapa
aku menangis lagi,
terlalu sukar untuk kuseka
air mata yang tumpah ini.

ingin ku berlari,
jauh....jauh dari insan lain
kerna aku ingin menjerit,
waaaaaaaaaaaannnnnnnnn
along rindu,

6 bulan berlalu,
terasa masih baru,
namun aku tetap diburu rindu,
yang bertandang tiap penjuru,
hingga aku sendiri malu,
akan sikapku,

namun,
hati tidak dapat dibohongi,
lantas ku layan emosi ini,
yang terkadang jauh kubawa pergi,
tapi yang pasti,
tiada insan yang memerhati,
kerana ingin menjaga hati,
jua tidak mahu derita ini
dirasai....

cukuplah kepedihan ini kutanggung sendiri
atau kukongsi dengan teman-temannya
yang memahami...
tapi aku jua tidak mahu,
mereka hanyut dalam memori,
lantas memakan diri,
kerana mereka punya tanggungjawab
yang perlu direalisasi...

tuhanku,
bantu aku,
kuatkan semangatku,
ampuni adikku Ya Allah,
tempatkan dia bersama insan2 yang kau kasihi,
jauhi dia dari segala siksa Ya Allah,
Kaulah yang Maha Pengampun Lagi Maha Penyayang....

No comments:

Post a Comment