Tuesday, December 15, 2009

aku menangis lagi

Wan,
along menangis lagi pagi tadi,
bila eka komen lagu sedih
memori cintanya bersama wan
di FB wan,'along nangis bila dengar melodi tu,
dan tatap gambar2 yang bangah compilekan tu,
along pandang jer muka wan tak berkelip,
tapi wan nampak sayu sangat
masa gambar kat kubur tu,seolah wan tau,
wan bakal menyusul selepas itu,

along turut nangis,
bila syafira menukilkan kisah saat
wan melangkah ke Matrik,tadi,
syafira lulus cemerlang wan,
dia buat keputusan bijak dan tepat
kerana memilih untuk pergi jauh,
tak sia-sia dia meninggalkan wan dulu,
moga cerah masa depannya di negeri
down under itu.....
namun ada sendu yang berlagu dihatinya,
along dapat rasa itu....
kepedihan yang bagai disiat-siat,
namun yang Maha Esa yang
mengatur semua ini....

Mlm tadi,
along teringatkan wan juga,
bila ada bantal misteri tiba-tiba wujud di ruang tamu mak,
malah,jadi gurauan along dan shaheez,
rupanya itu bantal kenangan yana bagi pada wan,
lantas along MMS gambar bantal tu kat yana,
mungkin dapat mengubat rindu dia pada wan,
lantas bertanya khabar dan keputusan exam,
dia lulus wan,Alhamdulillah,
indahnya dunia wan,
disayangi ramai.

Tenang di sana adikku,
AL-FATIHAH

2 comments:

  1. Ibu guru bayangkan bagaimana jika situasi ini berlaku pada ibu, bagaimana hendak menghadapinya.........

    ReplyDelete
  2. Ibu guru,

    Sukar membayangkan jika tidak berada disituasi ini,dapat saya rasakan kepedihan yg lebih menggigit di hati ibu saya..namun Syukur,ALLAH berinya kekuatan serta keimanan yang padu untuknya menghadapi ujian ini...

    bergetar jantung saya bu.....

    ReplyDelete